Get Traffic

close
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Wednesday 23 March 2011

Tafsiran Mimpi Indah

Nice Dream :) hmmm semua orang pasti sangat berharap jika dia tidur malam atau siang mendapatkan mimpi yang indah. Namun dalam mimpi tersebut ada arti yang mungkin kadang itu benar atau tidak. Dalam postingan berikut saya memberikan arti dalam mimpi yang pernah anda alami. Ini hanya survey, jadi jangan dianggap serius.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiti7LINwq-r8jHSAA9oxr7PtCQBIJBPsT59-M9NaYxmW5QdwDPExQMEZAdty_3IgDNgcDdS5LesXGGY2mLgspQeL2bTawn5ya-UJZNuLg6UFu6S-NGYZD3ocFMFUvjCatE2cf9qbVmnuo/s1600/cara%20mimpi%20indah.JPG


Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda berkemungkinan akan masuk syurga
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit

Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal



Arti dalam mimpi, arti gigi patah, Mimpi gigi patah, Maksud dalam mimpi.

No comments:

Post a Comment